jeri mengutuk hari
sahaja kaki mengetuk lelah
rasakan tubuh yang mengawang ambang
sementara kudengar hati menyanyi
lagukan nada-nada sumbang
yang meski sedih
senyumkan renungan
lalu kusapa pagi
dengan secangkir bening
teh suam yang menghangatkan kuku
kuajak ia bersenda
lalu ia tertawa seperti dedaunan
yang digelitik oleh sang bayu
dingin pagi yang gemertukkan hatiku
dibuainya aku kaku
dan kusadari
bagaimana hati permainkan rasa
dan rasa permainkan akal
lalu aku hampiri
walau tak dijemput
dan aku tinggalkan
tanpa ada yang menghantar
sahaja kaki mengetuk lelah
rasakan tubuh yang mengawang ambang
sementara kudengar hati menyanyi
lagukan nada-nada sumbang
yang meski sedih
senyumkan renungan
lalu kusapa pagi
dengan secangkir bening
teh suam yang menghangatkan kuku
kuajak ia bersenda
lalu ia tertawa seperti dedaunan
yang digelitik oleh sang bayu
dingin pagi yang gemertukkan hatiku
dibuainya aku kaku
dan kusadari
bagaimana hati permainkan rasa
dan rasa permainkan akal
lalu aku hampiri
walau tak dijemput
dan aku tinggalkan
tanpa ada yang menghantar
Comments